Jumaat, 3 Februari 2012

PELAJARAN KEEMPAT

WUDUK

Wuduk atau wudhu adalah salah satu cara untuk menyucikan diri dari hadas kecil. Jika air tiada atau tidak mencukupi, maka wuduk boleh diganti dengan tayammum.
Pengertian wuduk pada syarak adalah membasuh atau menyapu anggota tertentu yang dimulakan dengan niat.

Dalil Al-Quran tentang Wuduk

Firman Allah S.W.T:

“ Wahai orang-orang yang beriman, apabila kamu hendak mengerjakan sembahyang (padahal kamu berhadas kecil), maka (berwuduklah) iaitu basuhlah muka kamu, dan kedua belah tangan kamu meliputi siku dan sapulah sebahagian dari kepala kamu dan basuhlah kedua belah kaki kamu meliputi buku lali ... “ - (Surah Al-Maa’idah: 6)

Hukum berwuduk

Hukum berwuduk adalah:

1. Wajib
  • Ketika hendak mengerjakan ibadat tertentu yang dimulakan dengan niat.
2. Sunat
  • Ketika hendak mandi wajib
  • Hendak membaca al Quran, hadis dan buku
  • Ketika hendak tidur
  • Ketika marah
Fardu Wuduk

Cara berwuduk di dalam Islam berbeza sedikit mengikut mazhab:

Menurut Mazhab Syafie

Fardu/Rukun wuduk ada enam:

1. Niat
2. Membasuh muka
3. Membasuh kedua tangan hingga ke siku
4. Menyapu sebahagian kepala atau sebahagian rambut di dalam hadnya
5. Membasuh kedua kaki hingga ke buku lali
6. Tertib

Menurut Mazhab Hambali

Fardu/Rukun wuduk ada tujuh:

1. Niat
2. Membasuh muka
3. Membasuh dua tangan hingga ke siku
4. Menyapu semua kepala
5. Membasuh dua kaki
6. Tertib
7. Berturut-turut

Batal Wuduk

Menurut Mazhab Syafie :

Ada beberapa perkara yang dapat membatalkan wuduk, antaranya adalah:

1. Keluar sesuatu dari dua jalan (qubul atau dubur).
2. Hilang akal, sama ada sementara atau kekal.
3. Bersentuhan kulit antara lelaki dan perempuan yang bukan mahram.
4. Menyentuh kemaluan atau pintu dubur dengan telapak tangan.
5. Tidur, kecuali apabila dalam keadaan duduk dan tidak berubah kedudukannya.
6. Murtad

Menurut Mazhab Hambali

Ada beberapa perkara yang dapat membatalkan wuduk, antaranya adalah:

1. Keluar sesuatu dari dua jalan (qubul atau dubur).
2. Menyentuh perempuan yang halal dinikahi (bukan mahram) dengan syahwat
3. Menyentuh kemaluan manusia tanpa berlapik
4. Tidur, kecuali tidur ringan samada berdiri atau duduk
5. Makan daging unta
6. Murtad
7. Memandikan mayat
8. Keluar apa jua najis dari tubuh badan

Kesempurnaan Wuduk

Berikut merupakan cara-cara mendapatkan wuduk yang lebih sempurna:



  • Mendahulukan bahagian tubuh yang sebelah kanan
  • Mengulangi membasuh setiap anggota wuduk sebanyak 3 kali
  • Tidak berkata-kata
  • Menghadap kiblat
  • Berniat
  • Membaca basmalah
  • Membasuh telapak tangan hingga ke pergelangan
  • Berkumur
  • Menggosok gigi (bersiwak)
  • Membersihkan hidung
  • Membasuh muka
  • Membasuh tangan hingga ke siku
  • Mengusap sebagian kepala
  • Mengusap kedua telinga; luar dan dalam
  • Membasuh kaki hingga ke buku lali
  • Membaca doa sesudah berwuduk
  • Bersolat sunat wuduk sebanyak 2 raka'at.
  • Tertib (berurutan)


Perkara-perkara Sunat Ketika Berwuduk

  • Menghadap ke arah Kiblat.
  • Membaca "Auuzubillah himinasyaitonirrajim" dan "Bismillah hirrahman nirrahim".
  • Membasuh kedua telapak tangan hingga kepergelangan tangan sebelum berwudhu'.
  • Berkumur atau bersugi.
  • Memasukkan sedikit air ke dalam hidung untuk membersihkannya dan mengeluarkannya kembali.
  • Menyapu air ke kepala.
  • Memusing-musingkan cincin jika ada di jari.
  • Menjelai-jelai janggut atau misai dengan air sehingga rata.
  • Menjelai jari-jari tangan dan kaki.
  • Mendahulukan basuhan anggota kanan daripada yang kiri.
  • Mengulang 3 Kali setiap basuhan.
  • Jangan meminta bantuan orang lain seperti tolong menuangkan air sewaktu berwudhu'.
  • Jangan mengelap atau mengeringkan anggota wudhu' dengan kain atau sebagainya.
  • Elakkan percikkan air jangan sampai jatuh semula ke bekas atau ketimba.
  • Berjimat ketika menggunakan air.
  • Jangan berkata-kata atau bersembang ketika mengerjakan wudhu'.
  • Membaca Doa Selepas wudhu'setelah selesai berwudhu'.



Fadhilah (Faedah yang diperolehi) dari Wuduk

Secara amnya kita mendapati wuduk adalah salah satu langkah wajib atau syarat untuk memastikan solat atau sembahyang yang dilakukan oleh umat Islam itu dianggap sah.Serta memastikan kebersihan anggota badan dan kesucian rohani dan jiwa itu sentiasa terpelihara.Namun demikian terdapat fadhilah lain juga boleh diperolehi oleh orang yang bersifat ikhlas dan menyempurnakan wuduknya dengan baik sekali.Misalnya:
Sabda Rasullullah SAW: "Sesiapa yang mengambil wudhuk dengan baik,dosa-dosanya keluar dari badannya sehingga keluar dari bawah jari-jarinya." (Hadis Riwayat Muslim(361))

Sabda Rasullullah SAW: "Sesiapa yang mengambil wudhuk dengan baik kemudian dia berkata,Asyhadu al laa ilaaha illAllah wahdahu laa syarikalah, wa asyhadu anna Muhammadan 'Abdahu wa rasulluh, Allah hummaj 'alni minat tawwaabin, waj'alni minal mutatohhiriin (maksudnya:Aku bersaksi bahawa tiada tuhan selain Allah satu(Tuhan) saja tiada sekutu bagi-Nya, dan aku bersaksi bahawa Muhammad itu adalah hamba dan utusan-Nya.Allah jadikanlah aku dari kalangan orang yang banyak bertaubat dan jadikanlah aku dari kalangan orang yang menyucikan diri), akan dibuka untuknya kesemua lapan pintu-pintu syurga agar dia memasukinya dari mana dia suka. (Hadis Riwayat Al-Tarmizi(50);Sahih:Sahih Al-Tarmizi(55) dan Al-Nasai(148);Sahih:Sahih Al-Nasai(148))


Pengertian wuduk:

Membasuh atau menyapu anggota badan tertentu yang dimulakan dengan niat

Kita perlu berwuduk kerana:


  • SOLAT tidak SAH tanpa berwuduk
  • Wuduk dapat MEMBERSIHKAN  dosa dan hati
  • Wuduk dapat membersihkan BADAN kita dari DEBU
Wuduk WAJIB ketika hendak: 

  • Bersolat
  • Tawaf
  • Memegang Al-Quran









RUKUN WUDUK:

Rukun WUDUK ada enam perkara:
  1. Niat
  2. Membasuh Muka
  3. Membasuh kedua Tangan
  4. Menyapu Kepala
  5. Membasuh Kedua-dua kaki.
  6. Tertib.









1. Niat ketika meratakan air keseluruh muka:

نَوَيْتُ رَفْعَ الْحَدَثِ الْأَصْغَرِ لِلَّهِ تَعَالَى

Ertinya: Sahaja Aku Mengangkat Hadas Kecil Kerana Allah Taala










2. Membasuh Muka- Meratakan air dari tempat tumbuh rambut hingga sampai kedua tulang dagu dan dari anak telinga kanan ke anak telinga kiri.





3. Membasuh Kedua-dua Tangan  hingga ke siku


4. Menyapu Kepala -Sekurang-kurangnya tiga helai rambut













5. Membasuh Kedua-dua Kaki - hingga ke bukuu lali, meratakan air kekedua-dua kaki dan celah-celah jari kaki.

6. Tertib- mengikut urutan ( seperti di atas)

Info:
Jika menggunakan timba atau baldi, ELAKKAN percikan air Wuduk terjatuh semula ke dalam bekas tersebut 




Wuduk adalah penting dan ada kaitannya dengan ibadah yang lain.
Wajib berwuduk ketika hendak mendirikan solat, menyentuh Al-Quran, tawaf, sujud tilawah dan sujud syukur.

Firman Allah yang bermaksud:
"Wahai orang yang beriman ! Apabila kamu hendak mengerjakan solat basuhlah muka kamu dan tangan kamu sehingga ke siku dan sapulah kepala kamu dan basuhlah kaki kamu sehingga buku lali."

Cara-cara Berwuduk Dengan Sempurna

   


 WUDHUK SEMPURNA : iaitu mengambil wudhuk dengan rukun dan sunat yang dilakukan secara sempurna syarat dan tertibnya.


Bila ingin berwudhuk lebih sempurna, yakni sempurna lahiriah dan sempurna pula ‎dalam ganjaran, maka kerjakanlah tabahan-tambahannya dengan cara sebagai ‎berikut:‎

SYARAT-SYARAT

‎1. Mulailah dengan mengucapkan Basmalah dan doa.‎

‎2. Berusaha menghadaplah ke arah kiblat

‎3. Usahakanlah berwudhu' dengan tidak meminta bantuan orang lain, seperti ‎menimba, dan sebagainya.‎

‎4. Bersihkan semua anggota wudhuk daripada segala kotoran dan najis. ‎Pastikan anggota wudhuk bebas daripada perkara yang menghalang air dari ‎sampai kepada kulit.‎

‎5. Mulailah dengan anggota wudhuk yang sebelah kanan.‎

‎6. Ulangilah masing-masing sampai tiga kali (3X).‎

‎7. Ratakanlah air hingga membasahi seluruh anggota wudhu'‎

CARA BERWUDHUK

Berdoalah sebelum memulakan wudhuk.

Maksudnya: "Dengan nama Allah yang Maha Pemurah dan Maha Penyayang. Aku berlindung dengan engkau daripada gangguan Syaitan dan aku berlindung dengan engkau daripada kedatangan syaitan itu."

‎1. Basuhlah jari-jari tangan dengan menyelat-nyelatinya. Dan bagi jari yang ‎bercincin, jam atau perhiasan yang dipakai di jari-jari lainnya, bukalah perhiasan ‎tersebut agar air dapat merata membasahi seluruh jari-jari.‎

‎2. Baca doa semasa membasuh tangan.

Maksudnya: "Ya Allah ya Tuhanku, aku memohon kepadamu kebahagiaan dan keberkatan dan aku berlindung denganMu daripada kecelakaan dan kebinasaan".

‎3. Berkumur-kumur. Gosoklah gigi untuk menghilangkan sisa makanan dan bau ‎mulut yang kurang sedap. Samada menggunakan kayu sugi, berus gigi atau ‎sekurang-kurangnya dengan jari.‎ Sambil berdoa;


Maksudnya: "Ya Allah ya Tuhanku, tolonglah aku untuk membaca kitabMu dan memperbanyakkan zikir padaMu. Dan tetapkan aku dengan kata-kata yang tetap di dunia dan di akhirat.

‎4. Masukkanlah air ke dalam hidung, lalu keluarkanlah kembali (istinsyaq). ‎Sambil berdoa;

(Allahumma aujidlii ra'ihatal jannati wa anta 'anni raadhin)

Maksudnya: "Ya Allah ya Tuhanku, berikanlah bagiku bau-bauan syurga dan Engkau meredhaiku".
Doa ketika mengeluarkan air dari hidung ketika berwudhu'.

Maksudnya:"Aku berlindung dengan Engkau daripada bau-bauan neraka dan daripada buruknya tempat tinggal di sana".

‎5. Mulakan dengan membasuh muka sambil berniat mengambil wudhuk, atau ‎mengangkat hadas. Basuh muka dengan meratakan air keseluruh muka yang ‎kelihatan, bermula dari gigi anak rambut hingga bawah dagu.Sebaik-baiknya gunakan kedua-dua telapak tangan Sambil berniat;

‎(Nawaitul wudu’a liraf’il hadasil asgari farda lillahi ta’ala.) ‎

Ertinya: “Aku niat berwuduk untuk menghilangkan hadas kecil fardu/wajib kerana Allah ‎Taala.”‎
Doa ketika membasuh muka selepas berniat;

Maksudnya: "Ya Allah ya Tuhanku serikanlah mukaku dengan nurMu pada hari di mana segala muka wali engkau putih berseri. Janganlah Engkau hitamkan mukaku dengan kegelapan Engkau pada hari di mana segala muka-muka musuhmu akan menjadi hitam".

‎6. Basuh kedua tangan hingga melepasi siku sambil berdoa, dimulakan yang kanan; Doa ketika membasuh tangan kanan hingga kesiku dalam berwudhu'.


Maksudnya: "Ya Tuhanku, berikanlah sukatan amalku dengan tangan kananku dan hisabkanlah amalku dengan cara yang mudah".

Doa ketika membasuh tangan kiri


(Allahumma inni a'udzubika an tu'tinii kitaabi bisyimaalii au min waraa'i zahri)

Maksudnya: "Ya Tuhanku sesungguhnya aku berlindung denganMu daripada engkau memberikan surat amalku dari tangan kiriku atau dari sebelah belakangku.

‎7. Basuh kepala (rambut). Ketika menyapu kepala, ratakan seluruhnya (letakkan ‎ibu jari samping kiri dan kanan kepala, lalu putarlah telapak tangan dari depan ke ‎belakang, kemudian kembali ke depan (cukup sekali) dengan menyapu ekor cicak dengan ibu jari kedua-dua belah tangan serentak. Sebaik-baik cara adalah dengan menggunakan kedua-dua telapak tangan sambil berdoanya sebagaimana berikut;‎

(Allahumma Harrim sya'ri wa basyyirii minan naar)

Ertinya: "Ya Allah, haramkanlah rambutku dan kulitku daripada kepanasan api neraka".

‎8. Basuhlah telinga dengan memasukkan telunjuk kedalam 2 lubang pada setiap ‎telinga, ibu jari diletak dibelakang telinga untuk menyapu keseluruhan belakang ‎telinga. Sambil itu bacalah doa;‎

(Allahummaj 'alnii minal ladziina yastami'uunal qaula fayattabi'uuna ahsanahu)

Ertinya:"Ya Allah ya Tuhanku, jadikanlah diriku ini sebagai orang-orang yang berusaha mendengar perkataan-perkataan yang sampai kepadanya lalu mereka memilih dan menurut akan yang sebaik-baiknya".

‎9. Basuh kedua kaki hingga melepasi buku lali. Gosoklah celah-celah jari agar ‎semua tempat diratai dengan air.‎ Sambil membaca doa berikut;

(Allahumma innii a'udzubika 'an tazilla qadamii 'alas siraati mustaqiimi ma'a aqdaami ibadikal munafiqiin )

Ertinya: "Ya Allah ya Tuhanku sesungguhnya aku minta berlindung dengan Engkau daripada tergelincirnya kakiku di atas titian siratal mustaqim kedalam neraka pada hari tergelincirnya kaki-kaki orang munafiq".

‎10. Bila selesai berwudhu', hadapkan muka ke arah kiblat dan berdoalah dengan ‎membaca:‎


‎(Asyhadu alla ilaha illallah wahdahu la syarika lahu wa asyhadu anna ‎muhammadan ‘abduhu warasuluhu. Allahummaj’alni minat tawwabina, waj’alni ‎minal mutatahhirina waj’alni min ‘ibadikas-salihina).‎

Ertinya: “Aku bersaksi tiada Tuhan melainkan Allah dan tidak ada yang ‎menyekutukan bagi-Nya. Dan aku bersaksi bahwa nabi Muhammad adalah ‎hamba-Nya dan utusan-Nya. Ya Allah, jadikanlah aku dari kalangan orang yang ‎bertaubat dan jadikanlah aku dari kalangan orang-orang yang disucikan dan ‎jadikanlah aku dari kalangan hambaMu yang soleh.”.‎

‎11. Lakukanlah Solat Sunnat Wudhu' dua raka'at.‎


HIKMAH WUDHU’‎

Dengan wudhuk yang sempurna akan membawa kekhusyukan dalam solat seseorang dan menghindarinya daripada gangguan syaitan.

Wudhuk sempurna juga dapat mengelak daripada mudah terbatal wudhuk apabila disentuh dari belakang oleh wanita muslimah yang halal dinikahi. Ini bermakna bagi jemaah haji yang mengerjakan ibadah haji di makkah amat dituntut untuk melakukan wudhuk yang sempurna terutama ketika menunaikan solat dan melakukan tawaf.

Wudhuk yang sempurna akan menggugurkan dosa-dosa kecil, sebagaimana sabda Nabi Muhammad saw bersabda yang bermaksud, “Barang siapa yang berwudhuk dan ‎dalam melakukan wudhuknya itu dia berserah semata-mata hanya kepada Allah, lalu dia ‎pula mematuhi segala rukun tertibnya yang betul, maka nescaya akan keluarlah segala ‎dosa-dosanya daripada seluruh jasad hatta sekalipun dosa yang ada tersangkut pada celah ‎kukunya pun akan mengalir jatuh bersama air wudhuk itu.” (HR Muslim dan An-Nasai) ‎

Tidak dinafikan cabaran bagi kita untuk bangun pagi dan berwudhuk bagi menunaikan ‎solat Subuh kerana lebih enak meneruskan tidur tetapi Nabi Muhammad saw bersabda ‎yang bermaksud, “Barang siapa yang berwudhuk dengan cara sempurna di awal pagi yang ‎dingin maka pahala baginya dua kali ganda.” (HR At-Tabrani)‎

Hadis sahih juga menerangkan bahawa kebiasaan mengambil wudhuk pada tiap hari lima ‎kali (kerana keperluan untuk solat lima waktu untuk sehari semalam) mempunyai ‎manfaat yang baik dari segi kesihatan.‎

Berwudhuk secara tidak langsung membantu kita membersihkan seluruh anggota ‎terpenting seperti muka, kedua tangan, pertengahan kepala, kedua telinga serta kedua ‎kaki daripada segala kekotoran yang tidak disangkakan.‎

Lantaran itu, daripada penglihatan fizikalnya, orang yang rajin serta tekun menunaikan ‎solat secara tetap dan berkekalan akan kelihatan bersih berseri wajah, anggota tangan dan ‎kakinya. Ini bertepatan sabda Nabi Muhammad saw yang bermaksud, “Sesungguhnya ‎perumpamaan bagi mereka yang sering kali berwuduk dan menunaikan solat itu ialah ‎seperti seseorang yang mandi lima kali sehari di sebatang anak sungai, maka sudah ‎barang tentu badannya akan bersih dan suci sepanjang waktu.”‎

Diriwayatkan daripada Saidina Umar al-Khattab, aku pernah mendengar Nabi ‎Muhammad SAW bersabda yang bermaksud, “Barang siapa di antara kamu yang ‎berwudhuk lalu selepas memperlengkapkan wudhuknya dia mengucap dua kalimah ‎syahadah pula, maka di akhirat nanti akan dibukakan lapan pintu syurga lalu malaikat ‎akan mengiringnya masuk daripada mana-mana saja pintu yang dikehendakinya.”‎

Saidina Abu Bakar seorang khalifah Islam yang terbilang pernah ditanya seseorang ‎mengenai perbuatannya mengambil wudhuk pada saat akan menunggangi unta, lalu ‎Saidina Abu Bakar menjawab, “Dengan berwudhuk ketika akan melakukan perjalanan, ‎dengan izin Allah swt kita akan terhindar daripada sebarang musibah dan kemalangan.” ‎Banyak riwayat serta hadis yang menerangkan betapa besarnya fadilat dan keberkatan ‎wudhuk, sehingga kita perlu mengakui pentingnya mengekalkan wudhuk dan tidak hanya ‎menjadikannya kewajipan untuk menunaikan solat.‎







Khamis, 2 Februari 2012

CARA ISTINJAK :


MENGGUNAKAN AIR:
  • Mulakan dengan  بسم الله الرحمن الرحيم
  • Membaca doa ketika beristinjak
اَللَّهُمَّ طَهِّرْ قَلْبِيْ مِنَ النِّفَاقِ وَحَصِّنْ فَرَجِيْ مِنَ الْفَوَاحِشِ
Ertinya: Ya Allah, Sucikanlah hatiku dari sifat MUNAFIQ, dan peliharalah Kehormatanku dari segala KEJAHATAN. 
  • Menuang air mnggunakan tangan kanan ke tempat najis
  • Menggosok tempat najis dengan tangan kiri
  • Mulakan di Qubul dahulu supaya najis di Qubul tidak terpercik
Info:

Ketika menggunakan Air Mutlak pastikan cucian bersih hingga hilang rupa, rasa dan bau.


ISTINJAK DENGAN SELAIN AIR

SYARAT-SYARAT Istinjak menggunakan selain AIR adalah:


  • Benda-benda tersebut mestilah kering, keras, dan kesat seperti kayu, daun kering dan batu









  • Bukan benda licin seperti plastik


  • Bukan benda yang dihormati seperti makanan, pakaian, dan Tulang.








  • Bukan benda yang bertulis ayat Al- Quran dan Hadis.

Info:


Ketika menggunakan alat selain air Mutlak, maka pastikan :
  • Najis pada QUBUL belum kering
  • Najis tidak MELELEH ke PEHA atau BETIS
  • Tidak ada DEBU atau TANAH yang melekat di tempat keluar Najis


MENGGUNAKAN ALAT:
  • Mulakan dengan  بسم الله الرحمن الرحيم
  • Membaca doa ketika beristinjak
اَللَّهُمَّ طَهِّرْ قَلْبِيْ مِنَ النِّفَاقِ وَحَصِّنْ فَرَجِيْ مِنَ الْفَوَاحِشِ
      Ertinya: Ya Allah, Sucikanlah hatiku dari sifat MUNAFIQ, dan peliharalah Kehormatanku dari segala KEJAHATAN. 

  • Istinjak dari bahagian KANAN kemuadian bahagian KIRI.
  • Mulakan Istinjak pada najis di DUBUR dahulu (jika ada).
Info:
Tiga cara Istinjak:
  1. Batu atau kayu dan diikuti oleh air
  2. Air semata-mata
  3. Batu, kayu atau daun kering semata-mata.
CARA ISTINJAK PALING AFDHAL:

  • AIR MUTLAK seperti air sungai, air paip, air telaga dan sebagainya.

  • BATU




PELAJARAN KETIGA

ISTINJAK



PENGERTIAN:


  • Istinjak adalah menghilangkan najis yang keluar dari qubul atau dubur dengan menggunakan alat-alat Istinjak

  • Istinjak boleh dilakukan dengan air Mutlak sahaja dan benda-benda yang keras , kering dan kesat seperti kayu batu dan kertas. alat istinjak mestilah suci dan bersih


HUKUM ISTINJAK:

Adalah WAJIB





Rabu, 1 Februari 2012

HADAS BESAR

Hadas besar ialah perkara yang mewajibkan kita mandi wajib untuk melakukan solat  agar solat kita diterima.
Info:
Apabila kita terhalang untuk kita berwuduk atau mandi wajib seperti tiada air maka kita diharuskan bertayamum

Sebab-sebab berlakunya hadas besar:

Hadas besar berlaku kerana:
  • Keluar mani
  • Haid
  • Nifas
  • Bersetubuh
  • Mati selain mati Syahid
  • Wiladah
Melahirkan anak
perkara yang DILARANG ketika berhadas besar
  • Iktikaf di masjid
  • Solat
  • Tawaf
  • Menyentuh atau membawa Al-Quran
Iktikaf di Masjid
Cara- cara bersuci daripada hadas besar ialah:
  • Mandi wajib
  • jika tiada AIR untuk mandi maka boleh bertayammum.
Mandi


Tayammum
Info:
Rukun Tayammum :
  • 1. Niat  -  2. Menyapu muka  - 3.Menyapu dua tangan
HADAS BESAR
Apakah erti hadas?
Hadas dari segi bahasa adalah sesuatu yang baharu (mendatang). Dari segi hukum syarak hadas bererti perkara-perkara yang menyebabkan tidak sahnya sembahyang.

HADAS BESARDinamakan sebagai hadas besar kerana ia diwajibkan mandi. Orang yang berhadas besar dilarang dari melakukan ibadah-ibadah berikut:-

  • sembahyang
  • puasa
  • membaca al-Quran
  • menanggung al-Quran
  • tawaf
  • beriktikaf di masjid
Jenis-jenis hadas besar:- 
1) jimak ~ sebelum mandi wajib adalah disunatkan berwuduk untuk makan dan minum.

2) keluar air mani ~ air mani tidak najis tetapi wajib mandi untuk mengangkat hadasnya.

3) haid ~ perlu ambil perhatian terhadap perkara-perkara beritkut:-

  • darah keluar sekurang-kurangnya 24 jam, jika terlalu sedikit atau kurang dari 24 jam maka ia bukanlah darah haid dan wajib menunaikan sembahyang seperti biasa.
  • darah haid tidak boleh melebih 15 hari.
  • darah yang keluar selepas 15 hari adalah darah penyakit atau darah istihadah dan bukan lagi dikira haid. Pada hari ke 16 wajiblah mandi hadas haid dan dirikan sembahyang dengan cara-cara daif thaharah.
  • cecair coklat yang keluar sebelum keluar darah haid tidak dikira darah haid, maka kewajipan sembahyang tidak gugur.
  • bagi yang pusingan haidnya normal, wajiblah tunggu sehingga tiada lagi warna (walau kuning air sekalipun) yang keluar dari faraj sebelum mandi hadas haid.
4) nifas ~ beberapa perkara mengenai darah nifas:-
  • darah nifas keluar selepas anak lahir.
  • sebelum darah nifas keluar, kewajipan sembahyang tidak gugur walau telah melahirkan.
  • darah yang keluar ketika mengandung (dari awal kehamilan sehingga 5 bulan) dikira darah haid, maka dia dikira berada dalam hadas besar dan wajib mandi hadas haid apabila darah itu kering.
  • darah yang keluar seminggu sebelum kelahiran tidak lagi dikira darah haid maka kewajipan sembahyang tidak gugur.
  • keluar air ketuban tidak gugurkan kewajipan sembahyang kerana ia bukan hadas besar.
5) wiladah ~ melahirkan anak.
*PERHATIAN

Semasa dalam hadas besar, kita tidak dibolehkan mandi wajib bagi hadas besar yang lain. Contohnya:-

  • Tidak boleh mandi hadas wiladah sekiranya darah nifas belum lagi kering sepenuhnya. Tunggu sehingga darah nifas kering barulah mandi hadas bagi keduanya.
  • Jika kedatangan haid semasa di dalam keadaan jubub maka hendaklah menunggu darah haid itu kering sebelum mandi hadas bagi keduanya. Tidak dibolehkan mandi junub ketika masih dalam keadaan haid.
FARDU MANDI

1) Jatuhkan niat apabila air sampai ke kulit tubuh.
2) Ratakan air ke seluruh kulit tubuh.
3) Duduk qadak hajat supaya air sampai ke faraj.


Ada 2 cara mandi fardu atau mandi wajib:-

1) Dimulakan mandi dengan niat mandi hadas besar dan terus mandi seperti biasa sehingga selesai.

2) Bersihkan badan dahulu seperti beristinjak, syampu rambut, sabun badan dan sebagainya. Kemudian pada bilasan terakhir mandi itu barulah jatuhkan niat mandi hadas besar.

* Sunat mengambil wuduk samada sebelum atau sesudah mandi hadas besar.

* Mandi hadas besar akan mengangkat sekali hadas kecil yang lain. Oleh itu selesai mandi hadas besar seseorang itu boleh terus mengerjakan ibadah sembahyangnya tanpa mengambil wuduk lagi.












Sabtu, 28 Januari 2012

Hadas terbahagi kepada dua :


1. Hadas kecil
2. Hadas Besar

HADAS KECIL

 perkara yang mewajibkan kita berwuduk untuk melakukan SOLAT agar SOLAT kita diTERIMA.

Atau

Keadaan yang mewajibkan wuduk bagi seseorang yang hendak melakukan IBADAH












Sebab- Sebab Berlakunya Hadas Kecil

Hadas Kecil berlakunya kerana:



  • Bersentuhan kulit antara lelaki dan perempuan
  • Buang air besar atau kecil
  • Tidur
  • Muntah
  • Kentut
  • Hilang akal
  • Memandikan mayat
  • Menyentuh kemaluan
Antara Perkara-perkara yang DILARANG  ketika berhadas kecil:....
      • Menyentuh AL-QURAN atau membawanya.
      • Solat
      • Tawaf
      • Sujud Syukur







Cara bersuci daripada hadas kecil:

  • SEKIRANYA ada najis pada anggota badan hendaklah najis tersebut dibersihkan terlebih dahulu
  • Mengambil WUDUK
  • Jika tiada AIR untuk berwuduk maka boleh ber TAYAMMUM
Info:

TAYAMMUM adalah menggunakan PASIR atau DEBU tanah yang SUCI sebagai ganti WUDUK
















HADAS KECIL

Dinamakan hadas kecil kerana ianya tidak diwajibkan mandi. Untuk mengangkat hadas kecil cukup dengan beristinjak dan berwuduk bagi membolehkan sembahyang.

Jenis-jenis hadas kecil :-
1) buang air kecil
2) buang air besar
3) keluar air madi
4) keluar air mazi
5) keluar keputihan

Dhaif Thaharah
Dhaif Thaharah ertinya seorang yang lemah kesuciannya. Antara contoh dhaif thaharah adalah seperti berikut:-
1) keluar darah yang berterusan (istihadah atau kerana akan putus haid).
2) sentiasa beser.
3) sentiasa basah kerana penyakit buah sir.
4) sentiasa keluar keputihan.

Cara bersuci bagi dhaif thaharah
1) Sudah masuk waktu.
2) Segera berisinjak semampu yang boleh.
3) Gunakan tuala wanita atau lampin yang boleh menahan najis dari tembus keluar.
4) Bersegera mengangkat wuduk.
5) Segerakan sembahyang selesai saja wuduk.
6) Buat semua perkara di atas dengan segera dan berturut-turut tanpa dilengah-lengahkan.

* Harus diingat bahawa wuduk bagi dhaif thaharah hanyalah untuk satu ibadah sembahyang fardu saja. Selesai sembahyangnya, habislah wuduknya. Maka wajiblah diulangi wuduk dengan cara di atas bagi setiap sembahyang fardu.

* Teruskan wuduk dan sembahyang walaupun najis terus keluar semasa melakukan ibadah-ibadah tersebut. Sembahyang itu sah dan tidak perlu diqadak kembali.



























































PELAJARAN KEDUA….


HADAS

Berwuduk

Hadas ialah perkara yang mewajibkan kita berwuduk atau mandi wajib untuk melakukan ibadah seperti SOLAT, MEMBACA AL-QURAN DAN LAIN-LAIN…..

Mandi






Isnin, 16 Januari 2012

Kata –kata hikmah….


  • Setiap perkara ada gantinya. Setiap perlakuan ada ganjarannya. Setiap kejadian ada hikmah di sebalik kejadian

  • Tiada jalan singkat untuk kita sampai  ke sesuatu destinasi yang sememangnya jauh. Perjalanan tetap melibatkan langkah demi langkah dan tingkat demi tingkat.

  • Nabi muhammad pernah berkata, amal yang paling disukai Allah adalah amal yang dilakukan secara terus menerus sekalipun sedikit (HR Bukhari dan Muslim daripada Aisyah) Kegagalan bermakna bahawa anda belum berrjaya lagi.

  • Orang yang gagal adalah orang yang tidak mampu menguruskan masalah. Hanya manusia yang mampu mengurus masalah sahaja yang boleh berjaya.

  • Orang yang berjaya juga mampu menimbulkan perasaan kagum serta takjub orang lain kerana kejayaan dan kehebatan. 

  • Orang yang berjaya tidak tidak hidup di pinggir peristiwa, bukan orang yang kosong tanpa nilai dan bukan orang yang hanya menjadi pelengkap.

  • Belajar dari pengalaman adalah guru paling baik. Jatuh pada lubang yang sama adalah satu kebodohan.

  • Saidina Ali menyatakan " kalau engkau ingin menjadi raja, maka pakailah sifat Qona'ah (puas). Kalau engkau ingin Syurga dunia sebelum Syurga Akhirat, pakailah budi pekerja yang mulia."

  • Apabila anda kaya , fikirlah saat-saat anda pernah miskin dahulu... 



Najis yang ketiga : Najis Mukhoffafah - Najis Ringan


v Najis Mukhoffafah iaitu air kencing kanak-kanak lelaki yang berumur dua tahun ke bawah yang hanya minum susu ibunya sahaja.

 Air Kencing Bayi
Info....

Najis mukhaffafah ialah najis ringan. Najis mukhoffafah ialah air kencing kanak-kanak lelaki berusia di bawah dua tahun yang tidak makan atau minum sesuatu yang lain selain susu ibu.



CARA MENYUCIKAN NAJIS:

Najis Mukhoffafah     -      najis ringan

Air kencing bayi lelaki sahaja yang tidak lebih daripada dua tahun dan hanya makan dan minum susu ibunya sahaja.
Alatan yang digunakan:
*    Air mutlak
Cara menyucikannya:

Basuh bahagian yang terkena najis dan lap
Percikkan air di tempat yang terkena najis
Lap dengan kain bersih sehingga kering.

Memadai dengan memercikkan air mutlak ke atas tempat ini setelah dilap terlebih dahulu.

Najis yang kedua : Najis Mutawasitah - Najis Pertengahan


v Najis Mutawasitah iaitu selain daripada najis Mukhoffafah dan najis mughallazah seperti darah, muntah, nanah, najis manusia, bangkai dan lain-lain.
Darah
Muntah


Nanah

Tahi

info....

Najis Mutawassitah (Pertengahan)

Najis mutawassitah ialah najis sederhana, iaitu segala sesuatu yang keluar dari dubur/qubul manusia atau binatang, cecair yang memabukkan, bangkai (kecuali bangkai manusia, ikan dan belalang), serta susu, tulang dan bulu dari haiwan yang haram dimakan. Najis mutawassitah terbahagi dua iaitu: "Najis Ainiyah" yaitu najis yang berwujud (tampak dan dapat dilihat), misalnya kotoran manusia atau binatang; dan "Najis Hukmiyah" iaitu najis yang tidak berwujud (tidak tampak dan tidak terlihat), seperti air kencing yang kering. Cara menyucikan najis mutawassitah:
  1. Basuh dengan menggunakan air bersih hingga hilang warna, bau dan rasa najis tersebut.
  2. Basuh sehingga tiga kali dengan air mutlak.

 Najis-najis lain

Selain tiga jenis najis di atas, masih terdapat satu najis lagi iaitu "Najis Ma'fu" (najis yang dima'afkan), contohnya nanah atau darah yang cuma sedikit, debu atau air kotor yang memercik sedikit dan sulit dihindarkan.

Mengenai basuhan

 Cara Membasuh Yang Betul

  • Membasuh semua benda-benda yang najis ialah dengan cara dijirus atau dilalukan air padanya.

 Cara Membasuh Yang Salah

  • Sediakan satu bekas air mutlak yang sedikit.
  • Celupkan benda yang najis itu berkali-kali di dalamnya seperti membasuh ikan atau daging dan sebagainya.
Najis Mutawasitah      -      najis pertengahan

Muntah, darah, nanah atau benda-benda yang keluar dari Qubul atau dubur manusia

Alatan yang digunakan:

*    Air mutlak
Cara menyucikannya:
Najis tersebut dihilangkan dahulu kemudian dibasuh tempat yang terkena najis hingga hilang warna, bau dan rasanya.

INFO PENTING:

SEBAIK-BAIKNYA DIBASUH TIGA KALI DENGAN AIR MUTLAK.