Isnin, 16 Januari 2012

Bahagian- bahagian najis:


Najis terbahagi kepada TIGA bahagian:
Ø Najis Mughallazah      - Najis Berat
Ø Najis Mutawasitah      - Najis Pertengahan
Ø Najis Mukhoffafah      - Najis Ringan 


Najis yang  pertama: Najis Mughallazah         - Najis Berat

v Najis Mughallazah  ialah najis berat yang datang pada segala apa yang terdapat pada tubuh badan, najis, air liur, bulu dan darah anjing serta babi..


Anjing 
Babi


info....

Najis Mughallazah (Berat)

Najis mughallazah ialah najis berat. Najis ini terdiri daripada anjing dan babi serta benda-benda yang terjadi daripadanya. Cara menyucikan najis mughallazah:
  1. Bersihkan bahagian yang terkena najis.
  2. Basuh sebanyak tujuh kali. Sekali daripadanya mesti menggunakan tanah bersih yang dicampur dengan air.
  3. Gunakan air mutlak untuk membuat basuhan seterusnya (sebanyak enam kali) sehingga hilang bau, warna dan rasa.
Merujuk kepada Keputusan Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan 2004-2007 Hukum Melakukan Samak terhadap Najis Mughallazah Menggunakan Sabun Tanah Liat adalah dibolehkan (Muzakarah ke 76 pada 21-23 November 2006) ianya seperti yang tercatat dalam teks keputusan berikut:


"Sabun yang mengandungi unsur tanah liat boleh digunakan untuk melakukan samak najis mughallazah dengan syarat tanah tersebut suci dan peratusan kandungan tanah dalam sabun melebihi daripada bahan-bahan yang lain serta kaedah samak tersebut dilakukan mengikut syarak."


Najis Mughallazah      -      najis berat


Alatan yang digunakan….
*    Sedikit tanah
*     air Mutlak.

Cara menyucikannya:

Jika terkena najis maka campurkan sedikit tanah ke dalam segayung air mutlak. Siram air tersebut ke tempat terkena najis, kemudian siram air tersebut ke tempat terkena najis, kemudian siram gayung air mutlak.






  

Tiada ulasan:

Catat Ulasan