Sabtu, 28 Januari 2012

Hadas terbahagi kepada dua :


1. Hadas kecil
2. Hadas Besar

HADAS KECIL

 perkara yang mewajibkan kita berwuduk untuk melakukan SOLAT agar SOLAT kita diTERIMA.

Atau

Keadaan yang mewajibkan wuduk bagi seseorang yang hendak melakukan IBADAH












Sebab- Sebab Berlakunya Hadas Kecil

Hadas Kecil berlakunya kerana:



  • Bersentuhan kulit antara lelaki dan perempuan
  • Buang air besar atau kecil
  • Tidur
  • Muntah
  • Kentut
  • Hilang akal
  • Memandikan mayat
  • Menyentuh kemaluan
Antara Perkara-perkara yang DILARANG  ketika berhadas kecil:....
      • Menyentuh AL-QURAN atau membawanya.
      • Solat
      • Tawaf
      • Sujud Syukur







Cara bersuci daripada hadas kecil:

  • SEKIRANYA ada najis pada anggota badan hendaklah najis tersebut dibersihkan terlebih dahulu
  • Mengambil WUDUK
  • Jika tiada AIR untuk berwuduk maka boleh ber TAYAMMUM
Info:

TAYAMMUM adalah menggunakan PASIR atau DEBU tanah yang SUCI sebagai ganti WUDUK
















HADAS KECIL

Dinamakan hadas kecil kerana ianya tidak diwajibkan mandi. Untuk mengangkat hadas kecil cukup dengan beristinjak dan berwuduk bagi membolehkan sembahyang.

Jenis-jenis hadas kecil :-
1) buang air kecil
2) buang air besar
3) keluar air madi
4) keluar air mazi
5) keluar keputihan

Dhaif Thaharah
Dhaif Thaharah ertinya seorang yang lemah kesuciannya. Antara contoh dhaif thaharah adalah seperti berikut:-
1) keluar darah yang berterusan (istihadah atau kerana akan putus haid).
2) sentiasa beser.
3) sentiasa basah kerana penyakit buah sir.
4) sentiasa keluar keputihan.

Cara bersuci bagi dhaif thaharah
1) Sudah masuk waktu.
2) Segera berisinjak semampu yang boleh.
3) Gunakan tuala wanita atau lampin yang boleh menahan najis dari tembus keluar.
4) Bersegera mengangkat wuduk.
5) Segerakan sembahyang selesai saja wuduk.
6) Buat semua perkara di atas dengan segera dan berturut-turut tanpa dilengah-lengahkan.

* Harus diingat bahawa wuduk bagi dhaif thaharah hanyalah untuk satu ibadah sembahyang fardu saja. Selesai sembahyangnya, habislah wuduknya. Maka wajiblah diulangi wuduk dengan cara di atas bagi setiap sembahyang fardu.

* Teruskan wuduk dan sembahyang walaupun najis terus keluar semasa melakukan ibadah-ibadah tersebut. Sembahyang itu sah dan tidak perlu diqadak kembali.



























































PELAJARAN KEDUA….


HADAS

Berwuduk

Hadas ialah perkara yang mewajibkan kita berwuduk atau mandi wajib untuk melakukan ibadah seperti SOLAT, MEMBACA AL-QURAN DAN LAIN-LAIN…..

Mandi






Isnin, 16 Januari 2012

Kata –kata hikmah….


  • Setiap perkara ada gantinya. Setiap perlakuan ada ganjarannya. Setiap kejadian ada hikmah di sebalik kejadian

  • Tiada jalan singkat untuk kita sampai  ke sesuatu destinasi yang sememangnya jauh. Perjalanan tetap melibatkan langkah demi langkah dan tingkat demi tingkat.

  • Nabi muhammad pernah berkata, amal yang paling disukai Allah adalah amal yang dilakukan secara terus menerus sekalipun sedikit (HR Bukhari dan Muslim daripada Aisyah) Kegagalan bermakna bahawa anda belum berrjaya lagi.

  • Orang yang gagal adalah orang yang tidak mampu menguruskan masalah. Hanya manusia yang mampu mengurus masalah sahaja yang boleh berjaya.

  • Orang yang berjaya juga mampu menimbulkan perasaan kagum serta takjub orang lain kerana kejayaan dan kehebatan. 

  • Orang yang berjaya tidak tidak hidup di pinggir peristiwa, bukan orang yang kosong tanpa nilai dan bukan orang yang hanya menjadi pelengkap.

  • Belajar dari pengalaman adalah guru paling baik. Jatuh pada lubang yang sama adalah satu kebodohan.

  • Saidina Ali menyatakan " kalau engkau ingin menjadi raja, maka pakailah sifat Qona'ah (puas). Kalau engkau ingin Syurga dunia sebelum Syurga Akhirat, pakailah budi pekerja yang mulia."

  • Apabila anda kaya , fikirlah saat-saat anda pernah miskin dahulu... 



Najis yang ketiga : Najis Mukhoffafah - Najis Ringan


v Najis Mukhoffafah iaitu air kencing kanak-kanak lelaki yang berumur dua tahun ke bawah yang hanya minum susu ibunya sahaja.

 Air Kencing Bayi
Info....

Najis mukhaffafah ialah najis ringan. Najis mukhoffafah ialah air kencing kanak-kanak lelaki berusia di bawah dua tahun yang tidak makan atau minum sesuatu yang lain selain susu ibu.



CARA MENYUCIKAN NAJIS:

Najis Mukhoffafah     -      najis ringan

Air kencing bayi lelaki sahaja yang tidak lebih daripada dua tahun dan hanya makan dan minum susu ibunya sahaja.
Alatan yang digunakan:
*    Air mutlak
Cara menyucikannya:

Basuh bahagian yang terkena najis dan lap
Percikkan air di tempat yang terkena najis
Lap dengan kain bersih sehingga kering.

Memadai dengan memercikkan air mutlak ke atas tempat ini setelah dilap terlebih dahulu.

Najis yang kedua : Najis Mutawasitah - Najis Pertengahan


v Najis Mutawasitah iaitu selain daripada najis Mukhoffafah dan najis mughallazah seperti darah, muntah, nanah, najis manusia, bangkai dan lain-lain.
Darah
Muntah


Nanah

Tahi

info....

Najis Mutawassitah (Pertengahan)

Najis mutawassitah ialah najis sederhana, iaitu segala sesuatu yang keluar dari dubur/qubul manusia atau binatang, cecair yang memabukkan, bangkai (kecuali bangkai manusia, ikan dan belalang), serta susu, tulang dan bulu dari haiwan yang haram dimakan. Najis mutawassitah terbahagi dua iaitu: "Najis Ainiyah" yaitu najis yang berwujud (tampak dan dapat dilihat), misalnya kotoran manusia atau binatang; dan "Najis Hukmiyah" iaitu najis yang tidak berwujud (tidak tampak dan tidak terlihat), seperti air kencing yang kering. Cara menyucikan najis mutawassitah:
  1. Basuh dengan menggunakan air bersih hingga hilang warna, bau dan rasa najis tersebut.
  2. Basuh sehingga tiga kali dengan air mutlak.

 Najis-najis lain

Selain tiga jenis najis di atas, masih terdapat satu najis lagi iaitu "Najis Ma'fu" (najis yang dima'afkan), contohnya nanah atau darah yang cuma sedikit, debu atau air kotor yang memercik sedikit dan sulit dihindarkan.

Mengenai basuhan

 Cara Membasuh Yang Betul

  • Membasuh semua benda-benda yang najis ialah dengan cara dijirus atau dilalukan air padanya.

 Cara Membasuh Yang Salah

  • Sediakan satu bekas air mutlak yang sedikit.
  • Celupkan benda yang najis itu berkali-kali di dalamnya seperti membasuh ikan atau daging dan sebagainya.
Najis Mutawasitah      -      najis pertengahan

Muntah, darah, nanah atau benda-benda yang keluar dari Qubul atau dubur manusia

Alatan yang digunakan:

*    Air mutlak
Cara menyucikannya:
Najis tersebut dihilangkan dahulu kemudian dibasuh tempat yang terkena najis hingga hilang warna, bau dan rasanya.

INFO PENTING:

SEBAIK-BAIKNYA DIBASUH TIGA KALI DENGAN AIR MUTLAK.



Bahagian- bahagian najis:


Najis terbahagi kepada TIGA bahagian:
Ø Najis Mughallazah      - Najis Berat
Ø Najis Mutawasitah      - Najis Pertengahan
Ø Najis Mukhoffafah      - Najis Ringan 


Najis yang  pertama: Najis Mughallazah         - Najis Berat

v Najis Mughallazah  ialah najis berat yang datang pada segala apa yang terdapat pada tubuh badan, najis, air liur, bulu dan darah anjing serta babi..


Anjing 
Babi


info....

Najis Mughallazah (Berat)

Najis mughallazah ialah najis berat. Najis ini terdiri daripada anjing dan babi serta benda-benda yang terjadi daripadanya. Cara menyucikan najis mughallazah:
  1. Bersihkan bahagian yang terkena najis.
  2. Basuh sebanyak tujuh kali. Sekali daripadanya mesti menggunakan tanah bersih yang dicampur dengan air.
  3. Gunakan air mutlak untuk membuat basuhan seterusnya (sebanyak enam kali) sehingga hilang bau, warna dan rasa.
Merujuk kepada Keputusan Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan 2004-2007 Hukum Melakukan Samak terhadap Najis Mughallazah Menggunakan Sabun Tanah Liat adalah dibolehkan (Muzakarah ke 76 pada 21-23 November 2006) ianya seperti yang tercatat dalam teks keputusan berikut:


"Sabun yang mengandungi unsur tanah liat boleh digunakan untuk melakukan samak najis mughallazah dengan syarat tanah tersebut suci dan peratusan kandungan tanah dalam sabun melebihi daripada bahan-bahan yang lain serta kaedah samak tersebut dilakukan mengikut syarak."


Najis Mughallazah      -      najis berat


Alatan yang digunakan….
*    Sedikit tanah
*     air Mutlak.

Cara menyucikannya:

Jika terkena najis maka campurkan sedikit tanah ke dalam segayung air mutlak. Siram air tersebut ke tempat terkena najis, kemudian siram air tersebut ke tempat terkena najis, kemudian siram gayung air mutlak.






  

Isnin, 9 Januari 2012

FEQAH TAHUN 2


PELAJARAN PERTAMA: NAJIS

ERTI NAJIS:

NAJIS adalah benda yang kotor , iaitu TIDAK SAH SOLAT SEKIRANYA terdapat pada badan, pakaian atau tempat solat.


NAJIS ADALAH:
·       Benda yang keluar dari qubul atau dubur seperti AIR KENCING  dan TAHI.
·       Benda yang bukan dari kedua-duanya seperti MUNTAH dan AIR LIUR.
·       Benda –benda lain seperti NANAH,BANGKAI,ANJING dan BABI.
NAJIS ADALAH:
·       Benda yang keluar dari qubul atau dubur seperti AIR KENCING  dan TAHI.
·       Benda yang bukan dari kedua-duanya seperti MUNTAH dan AIR LIUR.
·       Benda –benda lain seperti NANAH,BANGKAI,ANJING dan BABI.

INFO…..
Bangkai yang tidak NAJIS:
§  Bangkai belalang
§  Bangkai ikan




Jumaat, 6 Januari 2012

KISAH DAN TAULADAN.....




CINTA

KEKAYAAN... KECANTIKAN...KESEDIHAN...KEGEMBIRAAN




Alkisah di suatu pulau kecil,tinggallah berbagai macam benda-benda abstrak: ada CINTA, KEKAYAAN, KECANTIKAN, KESEDIHAN, KEGEMBIRAAN dan sebagainya. Awalnya mereka hidup berdampingan dengan baik dan saling melengkapi. Namun suatu ketika, datang badai menghempas pulau kecil itu dan air laut tiba-tiba naik semakin tinggi dan akan menenggelamkan pulau itu. Semua penghuni pulau cepat-cepat berusaha menyelamatkan diri.


CINTA sangat kebingungan sebab ia tidak dapat berenang dan tidak mempunyai perahu. Ia berdiri di tepi pantai mencuba mencari pertolongan. Sementara itu air makin naik membasahi kaki CINTA. Tak lama CINTA melihat KEKAYAAN sedang mengayuh perahu.

"KEKAYAAN! KEKAYAAN ! Tolong aku!" teriak CINTA. 

Lalu apa jawab KEKAYAAN, Aduh! Maaf CINTA! kata KEKAYAAN.
"Perahuku telah penuh dengan harta bendaku. Aku tak dapat membawamu serta,nanti perahu ini tenggelam. Lagi pulatak ada tempat lagi bagimu di perahuku ini."

Lalu KEKAYAAN cepat-cepat mengayuh perahunyapergi meninggalkan CINTA tenggelam. CINTA sedih sekali, namun kemudian dilihatnya KEGEMBIRAAN lewat dengan perahunya  
KEGEMBIRAAN! Tolong aku!teriak CINTA.

Namun apa yang terjadi, KEGEMBIRAAN terlalu gembira karena ia menemukan perahu sehingga ia tuli tak mendengar teriakan CINTA. Air makin tinggi membasahi CINTA sampai  ke pinggang dan CINTA semakin panik. Tak lama kemudian lewatlah pula KECANTIKAN..
"KECANTIKAN! Bawalah aku bersamamu!teriak CINTA.

Lalu apa jawab KECANTIKAN, " Wah, CINTA kamu basah dan kotor . Aku tak bisa membawamu ikut. Nanti kamu mengotori perahuku yang indah ini. " sahut KECANTIKAN.
CINTA sedih sekali mendengarnya. CINTA mulai menangis teresak-esak. Apa kesalahanku, mengapa semua orang melupakan aku. saat itu lewatlah KESEDIHAN. Lalu CINTA memelas.

"Oh KESEDIHAN, bawalah aku bersamamu", kata CINTA.
Lalu apa kata KESEDIHAN, Maaf CINTA, aku sedang bersedih dan aku ingin bersendirian saja..", kata KESEDIHAN sambil terus mengayuh perahunya.

CINTA  putus asa. Ia merasakan air makin naik dan akan menenggelamkannya. CINTA terus berharap kalau dirinya dapat diselamatkan. Lalu ia berdoa kepada Tuhannya, "oh tuhan tolonglah aku, apa jadinya dunia tanpa aku, tanpa CINTA?

Pada saat kritis itulah tiba-tiba terdengar suara, CINTA! Mari cepat naik ke perahuku!"  CINTA menoleh ke arah suara itu  dan melihat seorang tua reyot berjanggut putih panjang sedang mengayuh perahunya. lalu cepat-cepat CINTA naik ke perahu itu, tepat sebelum air menenggelamkannya. Kemudian di pulau terdekat, orang tua itu menurunkan CINTA dan segera pergi lagi. Pada saat itu, barulah CINTA sedar, bahawa ia sama sekali tidak mengetahui siapa orang tua yang baik hati menyelamatkannya itu. CINTA segera menanyakannya kepada seorang penduduk tua di pulau itu. Siapa sebenarnya orang tua itu?. " Oh! orang tua itu tadi? Dia adalah "WAKTU", kata orang itu Lalu CINTA bertanya" tapi, kenapa ia menyelamatkanku? Aku tak mengenalnya. Bahkan teman-teman yang mengenaliku pun enggan menolongku", tanya CINTA hairan. Sebab" kata orang itu," hanya WAKTU lah yang tahu berapa nilainya harga sebuah CINTA itu....."

CINTA KEPADA ALLAH, CINTA RASUL, CINTA IBUBAPA, CINTA KEPADA UMMAH, CINTA KEPADA KECEMERLANGAN 

MARI KITA SEMUA... CINTA LIMA PERKARA